nuffnang ads

Friday, January 14, 2011

:PERHATIAN UNTUK WARGA SARAWAK:

Amaran hujan, angin kencang hingga Khamis

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berterusan sehingga malam Selasa, demikian menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini.

Kawasan yang terbabit di Sarawak adalah Bahagian Kuching (Daerah Lundu, Bau dan Kuching), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan, Serian dan Simunjan), Sri Aman (Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Bintangor, Sarikei dan Pakan) dan Mukah (Daerah Daro).

"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu turut menyatakan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan sebelum ini masih lagi dikekalkan terutamanya di Laut China Selatan serta beberapa kawasan perairan negara.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kms/j dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SUMBER BERITA HARIAN

No comments:

Blogger