nuffnang ads

Friday, January 14, 2011

:PERHATIAN UNTUK WARGA SARAWAK:

Amaran hujan, angin kencang hingga Khamis

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berterusan sehingga malam Selasa, demikian menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini.

Kawasan yang terbabit di Sarawak adalah Bahagian Kuching (Daerah Lundu, Bau dan Kuching), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan, Serian dan Simunjan), Sri Aman (Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Bintangor, Sarikei dan Pakan) dan Mukah (Daerah Daro).

"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu turut menyatakan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan sebelum ini masih lagi dikekalkan terutamanya di Laut China Selatan serta beberapa kawasan perairan negara.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kms/j dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SUMBER BERITA HARIAN

Wednesday, January 12, 2011

::Skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000::

Skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000 daripada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Seri Perdana di sini hari ini.
Beliau menyifatkan penghargaan tersebut akan membangkitkan semangat anak buahnya untuk lebih berdaya juang.

Beberapa negeri turut menjanjikan ganjaran kepada pemain Piala AFF yang berasal dari negeri-negeri berkenaan.
"Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia," kata Rajagobal.

RajaGopal berkata perancangan masa depan negara masih terbuka luas kerana skuad negara mempunyai pemain berusia purata 22 tahun yang mampu mengembangkan kemahiran dan kualiti bola sepak negara.

"Saya bukan sahaja mahukan masa depan bola sepak negara cerah malah saya jura mahu masa depan pemain-pemain saya turut cerah," katanya.

Antara pertandingan penting buat skuad negara untuk meneruskan kecemerlangan mereka ialah kejohanan Sukan SEA di Indonesia pada November ini.

"Inilah impian saya dalam membentuk sebuah pasukan yang benar-benar kuat dan seterusnya akan diiktiraf di peringkat Asia. Kita akan meneruskan kejayaan ini dengan menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa.

"Sasaran kita juga ialah untuk menyertai Piala Asia 2015. Bertanding dengan 16 pasukan terbaik Asia," katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan skuad kebangsaan yang bakal membuka tirai 2011 dengan perlawanan persahabatan antarabangsa pertama mereka iaitu menentang Hong Kong pada 9 Feb di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, beliau berkata skuad negara akan menunjukkan kelainan pada tahun ini.

"Perlawanan persahabatan ini merupakan sebagai pemanas badan dan pendedahan pertama untuk mereka sebelum beraksi ke kelayakan Olimpik di London 2012 pada hujung Februari depan," kata Rajagobal.

Skuad negara akan menentang Pakistan pada pusingan kelayakan pertama yang dijadualkan bermula 23 Februari hingga 9 Mac.

Tuesday, January 11, 2011

:BERITA MENYEDIHKAN PADA 1/1/11::



Budak tiga tahun mati didera

Ibu luluh dapat peluk jasad selepas 3 bulan tak bertemu

JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.
Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam.
Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.

“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.

Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

~ APA NAK JADI DENGAN MANUSIA SEKARANG PERANGAI MACAM BINATANG~

:KAPAL TERBANG TERGELINCIR DI LANDASAN KUCHING SARAWAK::




sumber orgkampong.com

Berlaku malam tadi dalam pukul 10. Malang tidak berbau untuk sebuah Pesawat Ak5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia tergelicir dari landasan ekoran hujan lebat yang melanda Bandar Kuching semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

p/s
Berita sebegini sedikit sebanyak menyebabkan penumpang takut untuk menaiki kapal terbang tersebut. Pandai lah diorang nak handle benda ni kelak..hehe ^_^

Sunday, January 9, 2011

:DUNIA OH DUNIA:

PUNLOP TONGCHAI tersenyum puas di katil hospital selepas berjaya menjalani pembedahan tukar jantina di Poliklinik Pratunam, Bangkok

TUKAR JANTINA

Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.
.


AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.

Kini, dia sudah boleh digelar wanita ’sejati’ apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.

Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.

Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.

Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.

“Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan,” katanya kepada AFPsebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.

Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.

“Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

“Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati,” tegasnya.


PAKAR bedah Thep Vedusit (tengah) sedang melakukan pembedahan menukar jantina ke atas Punlop Tongchai.

Sama seperti kesan psikologi terhadap perubahan jantina dan pemulihan selepas pembedahan, terdapat juga kesan sampingan daripada hormon yang harus diambil untuk mempercepatkan proses transformasi daripada lelaki kepada wanita. Ini termasuklah berpeluh pada waktu malam, keletihan, kenaikan berat badan, kehilangan otot lelaki dan libido.

Sehari sebelum pembedahan, Punlop memberitahu bahawa ketika masih kecil, dia gemar memakai pakaian wanita berbanding pakaian tradisional lelaki.

Justeru, menjelang usia 19 tahun, dia sudah mula mengambil pil hormon wanita dalam usaha untuk mengubah bentuk fizikal badannya.

“Saya tidak suka ‘bahagian tubuh’ ini kerana saya tidak menggunakannya,” kata Punlop sambil menunjukkan ke arah kemaluannya.

“Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilikinya. Jika saya mempunyai vagina, sudah tentu saya akan menggunakannya,”tambahnya.

Untuk mencapai impiannya, Punlop bertemu dengan Dr. Thep Vedusit, seorang pakar bedah di Bangkok yang mampu mengendalikan pembedahan pantas mengubah jantina tanpa penggunaan ubat bius yang biasa. Bagaimanapun, Thep percaya peraturan baru yang akan digubal boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang menukar jantina.

Ujar Thep, dia telah menjalankan lebih daripada 500 pembedahan perubahan jantina dan setiap minggu, dia mempunyai dua atau tiga kes. Separuh daripada jumlah itu terdiri daripada pelancong asing yang datang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang Thailand berhubung isu tersebut.

“Saya fikir pakar bedah boleh membuat keputusan siapakah transeksual. Setiap daripada mereka sudah mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukan pembedahan dan saya tidak fikir pakar psikiatri memberi apa-apa faedah kepada mereka,” ujar Thep.

Pada hari pembedahan, Punlop berjalan masuk ke sebuah klinik yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di Bangkok.


PUNLOP Tongchai meninggalkan Poliklinik Pratunam di Bangkok selepas membuat temujanji untuk pembedahan tukar jantina.


Tanpa sebarang solekan, Punlop yang berpakaian ringkas dengan dres tanpa lengan paras lutut, baju panas dan sandal diiringi masuk ke bilik pembedahan yang kecil dan suram. Dindingnya ditampal dengan helaian keratan akhbar mengenai bintang kabaret transeksual.

Thep mengambil satu jam lebih untuk ‘membentuk’ vagina menggunakan kulit organ genital lelaki miliknya. Punlop dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas pembedahan dan dalam masa empat minggu, Thep telah menyempurnakan semua rawatan susulan yang ditetapkan ke atas Punlop.

“Ia tidak terlalu sakit. Saya boleh mengatasinya. Bagaimana perasaan saya sekarang? Sudah tentu saya amat gembira. Sepanjang hidup saya, inilah perubahan yang diinginkan. Ia impian saya sejak kecil lagi,” kata Punlop.


Saturday, January 8, 2011

::10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA::

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, saya selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.
Blogger