nuffnang ads
Tuesday, March 15, 2011
:PLAN FOR TODAY:
Friday, March 11, 2011
:TUNDUK PADA HUKUM ALAM:
UPDATE GEMPA BUMI DI JEPUN | KEDUTAAN MALAYSIA DI JEPUN HANYA ALAMI KEROSAKAN KECIL
TOKYO 11 Mac – Pejabat kedutaan Malaysia di Nanpeidai-Cho di daerah Shibuya hanya mengalami kerosakan kecil apabila beberapa panel siling aluminium di bahagian pintu gerbangnya jatuh semasa gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun.
Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som berkata, gempa bumi pada kira-kira pukul 2.46 petang itu hanya mengakibatkan kerosakan kecil, dan beberapa barang cenderahati serta buku-buku yang dipamer di pejabat kedutaan jatuh berselerak.
“Walaupun saya pernah melalui pengalaman menghadapi beberapa gempa bumi sejak saya ditukarkan ke sini setahun empat bulan lalu, tapi kejadian hari ini memberi kesan yang amat mendalam kepada saya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Shaharuddin telah mempengerusikan mesyuarat kecemasan bagi merangka kemungkinan melancar gerakan menyelamat rakyat Malaysia di Jepun yang mungkin terperangkap akibat gempa bumi itu.
Beliau berkata, terdapat 16 pelajar di wilayah Iwate dan 40 lagi di wilayah Miyagi, dua kawasan yang berdekatan dengan Sendai, yang merupakan kawasan pinggir pantai berhampiran dengan tempat kejadian gempa.
Shaharuddin juga berkata, 50 rakyat Malaysia serta petugas kedutaan selamat, begitu juga kira-kira 20 anggota keluarga mereka dari Malaysia yang berada di sini. – Bernama
UPDATE GEMPA BUMI DI JEPUN | 100 RAKYAT MALAYSIA DI KAWASAN GEMPA BUMI SELAMAT
KUALA LUMPUR 11 Mac – Seratus rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Tokyo disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Ahmad Rozian Abdul Ghani.
“Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini (Jepun) dan sahkan mereka selamat. Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Daripada jumlah itu, katanya, 67 orang adalah pelajar, 43 di universiti di Miyagi, 18 di Iwate dan enam di Aomori.
Pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan seperti yang sentiasa dimaklumkan kepada mereka sebelum ini, katanya.
Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata, gempa kuat itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu pengguna komuter terkandas di stesen kereta api bawah tanah berikutan perkhidmatan itu ditangguhkan.
Restoran berhampiran stesen kereta api sesak dengan kebanjiran penumpang kereta api yang mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk, katanya.
“Orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam selepas talian telefon bimbit mengalami kesesakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. – Bernama
UPDATE GEMPA BUMI DI JEPUN | POLIS TERENGGANU PANTAU PANTAI
KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.
Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.
Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.
“Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.
“Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.
Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama
GEMPA BUMI DI JEPUN | AMARAN LAUT BERGELORA
KOTA KINABALU 11 Mac – Laut bergelora dan paras air laut tinggi dijangka berlaku di perairan pantai Labuan dan Sabah mulai 6 petang dan 12 tengah malam ini.
Dalam satu kenyataan di sini, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, ASP Mohd Zaki Harry Susanto berkata, orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.
Keadaan laut sebegitu adalah berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 4,343 kilometer utara dari Timur Laut Kudat, Sabah.
“Polis Sabah akan memperbanyakkan rondaan di kawasan tersebut dan akan berusaha memastikan masyarakat setempat sentiasa peka terhadap perkembangan ini,” kata Mohd Zaki. – Bernama
Saturday, January 29, 2011
::Kasut Crocs tiruan hina nama ALLAH::
Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.
Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam
Ini adalah logo crocs yang ori..
Ini pula logo crocs yang dimaksudkanFriday, January 21, 2011
: ADA OTAK TAPI MCM TAKDE OTAK :
IBU MENYURUH ANAK LELAKI MEROGOL ANAK PEREMPUANNYA SENDIRI!
SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.
Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.
“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.
Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.
“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.
“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.
“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.
Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.
Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.
“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.
“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.
Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.
“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.
Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.
“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.
Friday, January 14, 2011
:PERHATIAN UNTUK WARGA SARAWAK:
Amaran hujan, angin kencang hingga Khamis
Kawasan yang terbabit di Sarawak adalah Bahagian Kuching (Daerah Lundu, Bau dan Kuching), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan, Serian dan Simunjan), Sri Aman (Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Bintangor, Sarikei dan Pakan) dan Mukah (Daerah Daro).
Angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kms/j dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Wednesday, January 12, 2011
::Skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000::
Beberapa negeri turut menjanjikan ganjaran kepada pemain Piala AFF yang berasal dari negeri-negeri berkenaan.
"Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia," kata Rajagobal.
RajaGopal berkata perancangan masa depan negara masih terbuka luas kerana skuad negara mempunyai pemain berusia purata 22 tahun yang mampu mengembangkan kemahiran dan kualiti bola sepak negara.
"Saya bukan sahaja mahukan masa depan bola sepak negara cerah malah saya jura mahu masa depan pemain-pemain saya turut cerah," katanya.
Antara pertandingan penting buat skuad negara untuk meneruskan kecemerlangan mereka ialah kejohanan Sukan SEA di Indonesia pada November ini.
"Inilah impian saya dalam membentuk sebuah pasukan yang benar-benar kuat dan seterusnya akan diiktiraf di peringkat Asia. Kita akan meneruskan kejayaan ini dengan menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa.
"Sasaran kita juga ialah untuk menyertai Piala Asia 2015. Bertanding dengan 16 pasukan terbaik Asia," katanya.
Ketika ditanya mengenai persiapan skuad kebangsaan yang bakal membuka tirai 2011 dengan perlawanan persahabatan antarabangsa pertama mereka iaitu menentang Hong Kong pada 9 Feb di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, beliau berkata skuad negara akan menunjukkan kelainan pada tahun ini.
"Perlawanan persahabatan ini merupakan sebagai pemanas badan dan pendedahan pertama untuk mereka sebelum beraksi ke kelayakan Olimpik di London 2012 pada hujung Februari depan," kata Rajagobal.
Skuad negara akan menentang Pakistan pada pusingan kelayakan pertama yang dijadualkan bermula 23 Februari hingga 9 Mac.
Tuesday, January 11, 2011
:BERITA MENYEDIHKAN PADA 1/1/11::


Budak tiga tahun mati didera
JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam.Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.
Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.
“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.
Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.
Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.
Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.
“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
