nuffnang ads

Thursday, November 18, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 3

Kehidupan sebagai pelajar tidak semudah yang disangkakan. Amy yang baru bergelar junior atau pelajar semester pertama di kolej tersebut banyak bergantung kepada teman-temannya untuk menguruskan diri kerana Amy seorang yang tidak pandai berdikari. Ini baru kali pertama amy berjauhan dari ibunya dan membuatkan sifat manjanya tidak dapat dkikis serta merta. Teman-teman baru amy banyak mengajar amy untuk berdikari sendiri. Selang 2 bulan berada di kolej tersebut,amy telah dapat menyesuaikan diri tanpa bergantung kepada teman-temannya sahaja. Dalam tempoh 2 bulan amy berada di kolej tersebut juga,Ricky sedikit demi sedikit berubah. Dia jarang menghubungi amy dengan alasan sibuk dengan tugasan yang baru. Apabila amy cuba menghubungi Ricky,Amy hanya dapat berbual sekejap sahaja dengan Ricky dan selbihnya Ricky menyatakan alasan nya sibuk. Amy cuba untuk faham kesibukan Ricky dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maklumlah,di KL macam-macam boleh berlaku. Manusia boleh berubah sekelip mata.

Masuk bulan ketiga Amy di kolej tersebut,Ricky mula menjauhkan diri Amy. Ricky lansung tidak menghungi Amy dan apabila Amy menghubunginya,ada sahaja alasan yang diberi oleh Ricky. Pada malam Sabtu,Amy terniat untuk menghubungi Ricky kerana menyangkakan Ricky tidak sibuk bekerja. Namun harapan Amy untuk melepaskan rindu berbual dengan Ricky hancur apabila seorang perempuan bercakap di talian bukannya Ricky. Hati Amy bagai disiat-siat apabila mendengar perempuan tersebut melemparkan pelbagai kata-kata yang kesat terhadap Amy kerana menyangkakan Amy ingin merampas Ricky darinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Amy mendengar setiap pengakuan perempuan tersebut tentang dia dan Ricky. Amy merasakan dunia gelap dan tidak bermakna apa-apa. Ricky telah menghianatinya untuk kali kedua.

Bagi mengelak diri dari Ricky,Amy telah menukar nombor telefon nya dan berharap Ricky tidak akan mencarinya lagi. Amy menjalankan kehidupannya sebagai pelajar seperti biasa walaupun hatinya masih sakit dengan perbuatan Ricky. Baginya Ricky hanyalah bayang-bayang hitam dalam hidupnya. Sebulan selepas itu,Amy mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian penghujung semester. Amy cuba untuk fokus dalam ujian tersebut tetapi gagal kerana Amy sentiasa ingat akan perbuatan Ricky yang menghianatinya. Seminggu selepas itu Amy pulang semula ke Mukah kerana cuti sem telah bermula. Amy berharap dia telah membuat yang terbaik dalam ujian penghujung semester tersebut. Sebulan cuti semester tidak bermakna apa-apa pada Amy kerana dia bagaikan hilang semangat atas kecurangan Ricky padanya.

Permulaan semester kedua,Amy terkejut dengan keputusan yang diperolehinya dan kesal kerana terlampau mengikutkan perasaan semasa ujian tersebut. Amy hanya mendapat 1.64 untuk gpa nya dan keseluruhan CGPA nya hanya 1.64. Amy tidak berani memberitahu keputusan nya kepada kedua ibu bapanya kerana takut dimarahinya oleh mereka. Amy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja mengenai keputusan nya itu. Amy berazam untuk memperbaiki keputusannya pada semester kedua.

Sepanjang semester kedua,amy banyak meminta bantuan teman-temanya bagi membantu dalam subjek-subjek yang lemah dan hasilnya Amy mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam semester kedua. Dengan hati yang senang Amy meneruskan perjuangan nya dalam sem ketiga. Amy telah dapat melupakan Ricky sedikit demi sedikit atas bantuan kawan-kawannya. Pada semester ketiga, amy telah membuat facebook kerana pada masa tersebut facebook popular di kalangan teman-temanya. Melalui facebook Amy telah berkenalan dengan seorang jejaka dari lawas berbangsa kedayan. Dari perkenalan mereka, Amy telah bersetuju menjadikan zahid iaitu jejaka dari lawas tersebut sebagai adik angkat kerana perbezaan umur mereka dua tahun. Zahid banyak memberi nasihat kepada Amy untuk melupakan Ricky dan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya.

bersambung............

Wednesday, November 17, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 2

Dengan berat hati amy melepaskan Ricky berangkat ke Kuala Lumpur dan mengharapkan dia selamat sampai di sana. Sebelum berangkat Ricky telah berjanji akan balik semula ke mukah untuk meminang Amy sekiranya dia telah mendapat kerja tetap. Amy dengan linangan air mencium tangan Ricky tanda kasih nya yang tidak terhingga dan merelakan Ricky pergi berhijrah ke Kuala Lumpur. Amy tidak putus-putus menghubungi Ricky sepanjang perjalanan ke sibu untuk memastikan Ricky selamat sampai di sibu. Tepat pukul 12.30 Ricky meninggalkan bumi Sarawak dan juga meninggalkan kekasih hatinya Amy yang amat mencintai dirinya.

Sesampainya di Kuala Lumpur,Amy dimaklumkan oleh Ricky dia menumpang di rumah kawannya di Kelana Jaya sementara mendapat kerja. 2 hari selepas itu Ricky diterima bekerja sebagai penghantar barang di Giant iaitu sebuah supermarket yang terkemuka. Sepanjang 2 bulan bekerja di supermarket tersebut Ricky juga mencuba nasib meminta pekerjaan sebagai juruteknik komputer di Dell Company iaitu sebuah syarikat komputer yang terkemuka. Ini kerana kelayakan nya semasa di politeknik Mukah membolehkan dia meminta pekerjaan tersebut. selang 2 minggu selepas temuduga sebagai Juruteknik,Ricky telah diterima bekerja di syarikat tersebut. Betapa gembiranya hati Amy apabila mendapat tahu Ricky telah mendapat pekerjaan yang boleh menjamin hidup mereka berdua. Ricky berjanji untuk membayar balik semua duit Amy yang telah dia gunakan sekiranya kewangan nya stabil. Walaupun Amy dengan berat hati untuk menerima kembali semua wang tersebut,tetapi demi memikirkan yang dia akan menyambung pelajaran tidak lama lagi,jadi dia memerlukan duit juga untuk membeli keperluan semasa di KOLEJ itu nanti.

Setiap malam Ricky menelefon Amy untuk memberitahu perkembangan semasa kehidupannya di KL membuatkan jiwa Amy berasa sedikit tenang. Sepanjang perhubungan Amy dengan Ricky juga,amy banyak berubah. Tidak selincah dahulu dan lebih suka memerapkan diri di rumah. Ini kerana Amy bernekad untuk setia kepada Ricky hinggalah Ricky kembali ke Mukah untuk meminangnya..

Pada penhujung Nov Amy telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di Kuching. Pada penghujung Nov itu juga hubungan Amy dengan Ricky telah menjangkau 4 bulan 12 hari. Ricky juga telah mengirim duit sebanyak RM15oo bagi menampung perbelanjaan Amy semasa di kolej tersebut. Amy sungguh tidak menyangka Ricky akan mengirim duit dalam jumlah yang besar dan berniat untuk memulangkannya kembali tetapi Ricky menyatakan itu sebagai tanda sayangnya yang tidak berbelah bahagi terhadap amy. Dengan linangan air mata amy mendengar pengakuan ikhlas dar Ricky dan berharap hubungan mereka kekal sampai bila-bila.

bersambung.....

Tuesday, November 16, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 1

Amylia falisha atau lebih dikenali dengan amy seorang gadis yang hidupnya lebih suka bersosial.Mempunyai seorang kembar iaitu Amylia fasha. Hidup dalam keadaan yang cukup serba serbi dan disayangi oleh kedua orang tua nya kerana mereka lah satu-satu nya bunga dalam keluarga dari enam beradik lelaki.

Amy..Seorang remaja yang berusia 20 tahun dan dan lebih suka menghabiskan masa dengan melepak dengan kawan-kawannya . Teman lelaki nya sering bertukar-tukar hinggalah beliau digelar PLAYGIRL di kalangan teman-temannya. Biarpun digelar sebagai PLAYGIRL, Amy sedikit pun tidak kesah akan gelaran tersebut malahan bangga dia dicop sebagai PLAYGIRL.
Fasha seringkali menasihatkan amy supaya berubah tapi kata-kata fasha umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dia hanya mendengar sambil lewa sahaja. Amy bijak menyembunyikan sikap buruknya di depan ibu dan bapanya kerana dia tidak sanggup ibunya kecewa melihat sikapnya yang teruk.

Suatu hari amy berkenalan dengan seorang jejaka tampan dari Miri. Perkenalan tersebut tidak disengajakan kerana lelaki tersebut juga merupakan kawan kepada teman amy. Lelaki tersebut merupakan pelajar tahun akhir di politeknik mukah dan bakal menghabiskan pengajian beliau tidak lama lagi. Perkenalan mereka akhirnya melahirkan bibit cinta antara Amy dengan Ricky. Mereka akhirnya bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih dan Amy benar-benar dilamun cinta dengan Ricky.

Setelah Ricky menamatkan pengajian beliau di politeknik,Ricky mengambil keputusan untuk mencari kerja di Mukah sahaja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan Amy. Dalam setiap cinta mesti ada masaalah yang timbul.Begitu juga dengan hubungan amy dan ricky. Amy dikejutkan dengan serangan bekas teman wanita Ricky iaitu Ina dan menuduh amy merampas Ricky dari hidupnya. Ina mengakui dia telah terlanjur dengan Ricky dan pernah mengandungkan anak Ricky selama 2 bulan tetapi Ricky meminta ina untuk menggugurkanya.
Amy merasakan dunia seperti gelap gelita kerana terlampau kecewa dengan sikap Ricky. Amy yang terlampau sygkan Ricky tidak dapat menerima kenyataan atas pengakuan Ina tersebut. Amy mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ricky kerana terlampau kecewa dengan sikapnya itu. Pada suatu malam,Amy dikejutkan dengan panggilan telefon dari Ricky supaya menolongnya kerana abang ina dan konco-konconya sedang mencarinya dan berniat untuk membunuhnya. Oleh kerana terlampau sayang dengan Ricky,Amy dengan hati yang berani memandu kereta milik bapanya ke tempat di mana Ricky bersembunyi. Amy meminta oertolongan temanya supaya menyembunyikan Ricky di rumah sewanya sementara Amy menguruskan tiket untuk Ricky berangkat ke Kuala Lumpur. Dengan duit simpanan yang tidak seberapa Amy keluarkan semuanya sebanyak RM1200 semata-mata untuk memastikan kekasih hatinya selamat.

Konco abang kepada Ina masih mencari Ricky dan Amy berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan Ricky dari dibunuh oleh mereka. Pada pagi Rabu,amy telah menghantar Ricky ke terminal untuk melarikan diri ke Kuala lumpur menggunakan kapal terbang dari sibu.seawal 5.30 pagi amy telah menghantar Ricky ke terminal bas kerana takut Ricky dilihat oleh konco-konco abang Ina.

bersambung.......
Blogger