nuffnang ads

Friday, December 16, 2011

FIRASAT

SALAM..LAMA TAK UPDATE BLOG KAN =) SEKARANG YONG NAK CITE TENTANG FIRASAT..YONG NI PELIK TAU..NAPE YONG DAPAT RASA BILA ORANG CAKAP TENTANG YONG KAT BELAKANG DAN APA YONG RASA SEMUANYA BETUL..ADAKAH INI ANUGERAH YANG ALLAH BERIKAN KAT YONG ????

KDG2 SAMPAIKAN NAK NANGIS KALAU APA YANG YONG DAPAT RASA TU MENYAKITKAN HATI =((( MUNGKIN ALLAH SENGAJA NAK MENGUJI SEJAUH MANA YONG TABAH MENGHADAPI ANUGERAH YANG DIA BERIKAN..

DULU MASA KAWAN RAPAT YONG TIKAM YONG DARI BELAKANG MEANS CAKAP TAK BAIK TENTANG YONG,YONG DAPAT RASA DAN BILA YONG TANYA NGAN KAWAN YANG SORANG LAGI DIA CAKAP BETUL APA YANG YONG RASA TU..HURMMM...SEDIH GILER ORANG YANG KITA PERCAYA BUAT KITA CAMTU..KALAU BOLEH YONG TAK NAK DIBAGI FIRASAT CAMNI TAPI ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA..WALLAHUALAM...OK LA SETAKAT TU JE K..SELAMAT BERHUJUNG MINGGU =)

Monday, July 11, 2011

TODAY IS MY BIRTHDAY :)

TEPAT PKUL 12 TGHMALAM NI.GENAP LAH UMUR SAYA MENJANGKAU 23 TAHUN :) X SANGKA TUHAN MASIH BERI SAYA PELUANG UNTUK BERNAFAS DI MUKA BUMI YANG LUAS INI..ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRATNYA DI ATAS KURNIAAN NYA YG TIDAK TERHINGGA INI :)

12.07.1988..TARIKH DI MANA SAYA DAN KEMBAR SAYA SELAMATA DILAHIRKAN KE MUKA BUMI INI DAN DIBERI NAMA SUSANTI N SUSAILI DAN NAMA TIMANGAN SAYA PULAK YONG YONG N KEMBAR SAYA NICKZ..PELIK KAN NAMA TIMANGAN JAUH SEKALI DARI NAMA SEBENAR..EHHEE..TAPI SAYA BERSYUKUR TELAH DIBESARKAN DALAM KEADAAN YANG BAIK TANPA ADA CACAT CELANYA SAMPAILAH SEKARANG..SYUKUR ALHAMDULILLAH :)
OK LAH ITU SAJA YG SAYA NAK KONGSI WIF U ALL NYTE SALAM :)


Thursday, June 16, 2011

Sekadar Renungan Bersama ^_^

Assalammuailaikum blogger semua..kat sini saya nak kongsi mimpi yang saya alami baru2 ni..ini bukan rekaan tapi inilah mimpi yang saya alami yang membuatkan saya seperti tersedar dr mimpi panjang T_T

Sy tak ingat pada tarikh bila saya bermimpi perkara ini tapi mimpi nya bermula seperti ini :

Sy berjalan di suatu tempat yang dipenuhi dengan orang arab..tiada seorang pun warga berbangsa saya..tinggi mereka pun seperti galah..fuhh..seram sejuk jugak tengok..lepas penat berjalan..saya masuk ke sebuah kedai yang menjual telekung..dengan tidak bertudung saya pergi pilih telekung..tapi saya tak beli..tidak lama lepas tu saya keluar dan kaki saya melangkah ke dalam sebuah masjid di mana di dalam nya terdapat ustaz sedang menyampaikan ceramahnya..dengan kusyuknya saya mendengar semua ceramah tersebut sehinggalah saya tersedar dr tidur..bangun dari tidur saya berfikir..adakah seru saya dah sampai..mungkin juga..
Allah nak sedarkan saya dr terus lalai dgn nikmat duinia yang hanya sementara T_T

Bak kata org hidayah muncul bila2 ms hanya kita yang mencorakkan diri sendiri :)
p/s Bukan nak menunjuk tapi untuk renungan bersama

Wednesday, June 15, 2011

I LOVE ANIMAL DAMN MUCH :)

HALO2..HARI NI ANISA G KOLEJ..KOLEJ TEMPAT ANISA BELAJAR DULU..AMBIK KUCHING YANG PERNAH ANISA JAGA MASA KAT KOLEJ DULU.KALI NI ANISA AMBK SEKALI DENGAN ANAK2 DIA..SUMA NYA 4 EKOR..KIUT GILERRRRRRRRRRR..HEHE..KESIAN PULAK COZ KWN ANISA CAKAP DIORANG NAK BUANG...TAK BERHATI PERUT LANSUNG..HURMM..CUBA DIORANG KENA BUANG KAN3??
NANTI TGU DIORANG BESAR SIKIT ANISA UPLOAD GAMBAR K..NYTE :)

Tuesday, May 17, 2011

Sum 41-Best of Me

OooooooOooh

Its so hard to say that I'm sorry, I'll make everything alright
All these things that I've done now what have I become
And where'd I go wrong
I don't mean to hurt, just to put you first
I won't tell you lies (Im sorry)
I will stand accused with my hand on my heart
Im just trying to say

Im sorry it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

I know that I can't take back all of the mistakes
But I will try
Although it's not easy, I know you believe me, 'cause I would not lie
Don't believe thier lies, told through jealous eyes, they don't understand (Im sorry)
I won't break your heart, I won't bring you down
But I will have to say

Im sorry, it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If i could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

Im sorry its all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

Sunday, May 8, 2011

Maher Zain Hold My Hand (T_T)

I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore, heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/maher_zain/hold_my_hand.html ]
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/maher_zain/#share

Tuesday, March 15, 2011

:PLAN FOR TODAY:

Hari tok plan mok g gunting rmbt..weeeeeee~ mok style baru..huhuhu..rimas rmbt panjg tapi rosak..mun ok tek xpa juak mok inang panjang2..tgu rmbt ku dah ok lak bok polah style ckt..currly ka..ehhe..boring dah sty.e lurus jak2 then mesti da jak org ekot style ku..ok ya jak papai :)

Friday, March 11, 2011

:TUNDUK PADA HUKUM ALAM:

UPDATE GEMPA BUMI DI JEPUN | KEDUTAAN MALAYSIA DI JEPUN HANYA ALAMI KEROSAKAN KECIL

TOKYO 11 Mac – Pejabat kedutaan Malaysia di Nanpeidai-Cho di daerah Shibuya hanya mengalami kerosakan kecil apabila beberapa panel siling aluminium di bahagian pintu gerbangnya jatuh semasa gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun.

Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som berkata, gempa bumi pada kira-kira pukul 2.46 petang itu hanya mengakibatkan kerosakan kecil, dan beberapa barang cenderahati serta buku-buku yang dipamer di pejabat kedutaan jatuh berselerak.

“Walaupun saya pernah melalui pengalaman menghadapi beberapa gempa bumi sejak saya ditukarkan ke sini setahun empat bulan lalu, tapi kejadian hari ini memberi kesan yang amat mendalam kepada saya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Shaharuddin telah mempengerusikan mesyuarat kecemasan bagi merangka kemungkinan melancar gerakan menyelamat rakyat Malaysia di Jepun yang mungkin terperangkap akibat gempa bumi itu.

Beliau berkata, terdapat 16 pelajar di wilayah Iwate dan 40 lagi di wilayah Miyagi, dua kawasan yang berdekatan dengan Sendai, yang merupakan kawasan pinggir pantai berhampiran dengan tempat kejadian gempa.

Shaharuddin juga berkata, 50 rakyat Malaysia serta petugas kedutaan selamat, begitu juga kira-kira 20 anggota keluarga mereka dari Malaysia yang berada di sini. – Bernama

UPDATE GEMPA BUMI DI JEPUN | 100 RAKYAT MALAYSIA DI KAWASAN GEMPA BUMI SELAMAT

KUALA LUMPUR 11 Mac – Seratus rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Tokyo disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Ahmad Rozian Abdul Ghani.

“Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini (Jepun) dan sahkan mereka selamat. Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, katanya, 67 orang adalah pelajar, 43 di universiti di Miyagi, 18 di Iwate dan enam di Aomori.

Pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan seperti yang sentiasa dimaklumkan kepada mereka sebelum ini, katanya.

Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata, gempa kuat itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu pengguna komuter terkandas di stesen kereta api bawah tanah berikutan perkhidmatan itu ditangguhkan.

Restoran berhampiran stesen kereta api sesak dengan kebanjiran penumpang kereta api yang mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk, katanya.

“Orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam selepas talian telefon bimbit mengalami kesesakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. – Bernama

UPDATE GEMPA BUMI DI JEPUN | POLIS TERENGGANU PANTAU PANTAI

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.

Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.

Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.

“Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.

“Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama

GEMPA BUMI DI JEPUN | AMARAN LAUT BERGELORA

KOTA KINABALU 11 Mac – Laut bergelora dan paras air laut tinggi dijangka berlaku di perairan pantai Labuan dan Sabah mulai 6 petang dan 12 tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan di sini, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, ASP Mohd Zaki Harry Susanto berkata, orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.

Keadaan laut sebegitu adalah berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini.

Pusat gempa bumi tersebut terletak 4,343 kilometer utara dari Timur Laut Kudat, Sabah.

“Polis Sabah akan memperbanyakkan rondaan di kawasan tersebut dan akan berusaha memastikan masyarakat setempat sentiasa peka terhadap perkembangan ini,” kata Mohd Zaki. – Bernama

Saturday, January 29, 2011

::Kasut Crocs tiruan hina nama ALLAH::

Mungkin ramai yang belum mengetahui pasal benda ni..So sy rasa saya ptt bg tahu kat u oll psal benda ni takut2 bnyak umat islam yang still pakai kasut ni.

Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam

Ini adalah logo crocs yang ori..

Ini pula logo crocs yang dimaksudkan

kasut crocs

tlg sebarkan sekiranya anda umat islam yang Prihatin~!

Friday, January 21, 2011

: ADA OTAK TAPI MCM TAKDE OTAK :

IBU MENYURUH ANAK LELAKI MEROGOL ANAK PEREMPUANNYA SENDIRI!

SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.


“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Friday, January 14, 2011

:PERHATIAN UNTUK WARGA SARAWAK:

Amaran hujan, angin kencang hingga Khamis

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berterusan sehingga malam Selasa, demikian menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini.

Kawasan yang terbabit di Sarawak adalah Bahagian Kuching (Daerah Lundu, Bau dan Kuching), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan, Serian dan Simunjan), Sri Aman (Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Bintangor, Sarikei dan Pakan) dan Mukah (Daerah Daro).

"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu turut menyatakan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan sebelum ini masih lagi dikekalkan terutamanya di Laut China Selatan serta beberapa kawasan perairan negara.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kms/j dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SUMBER BERITA HARIAN

Wednesday, January 12, 2011

::Skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000::

Skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000 daripada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Seri Perdana di sini hari ini.
Beliau menyifatkan penghargaan tersebut akan membangkitkan semangat anak buahnya untuk lebih berdaya juang.

Beberapa negeri turut menjanjikan ganjaran kepada pemain Piala AFF yang berasal dari negeri-negeri berkenaan.
"Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia," kata Rajagobal.

RajaGopal berkata perancangan masa depan negara masih terbuka luas kerana skuad negara mempunyai pemain berusia purata 22 tahun yang mampu mengembangkan kemahiran dan kualiti bola sepak negara.

"Saya bukan sahaja mahukan masa depan bola sepak negara cerah malah saya jura mahu masa depan pemain-pemain saya turut cerah," katanya.

Antara pertandingan penting buat skuad negara untuk meneruskan kecemerlangan mereka ialah kejohanan Sukan SEA di Indonesia pada November ini.

"Inilah impian saya dalam membentuk sebuah pasukan yang benar-benar kuat dan seterusnya akan diiktiraf di peringkat Asia. Kita akan meneruskan kejayaan ini dengan menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa.

"Sasaran kita juga ialah untuk menyertai Piala Asia 2015. Bertanding dengan 16 pasukan terbaik Asia," katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan skuad kebangsaan yang bakal membuka tirai 2011 dengan perlawanan persahabatan antarabangsa pertama mereka iaitu menentang Hong Kong pada 9 Feb di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, beliau berkata skuad negara akan menunjukkan kelainan pada tahun ini.

"Perlawanan persahabatan ini merupakan sebagai pemanas badan dan pendedahan pertama untuk mereka sebelum beraksi ke kelayakan Olimpik di London 2012 pada hujung Februari depan," kata Rajagobal.

Skuad negara akan menentang Pakistan pada pusingan kelayakan pertama yang dijadualkan bermula 23 Februari hingga 9 Mac.

Tuesday, January 11, 2011

:BERITA MENYEDIHKAN PADA 1/1/11::



Budak tiga tahun mati didera

Ibu luluh dapat peluk jasad selepas 3 bulan tak bertemu

JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.
Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam.
Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.

“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.

Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

~ APA NAK JADI DENGAN MANUSIA SEKARANG PERANGAI MACAM BINATANG~

:KAPAL TERBANG TERGELINCIR DI LANDASAN KUCHING SARAWAK::




sumber orgkampong.com

Berlaku malam tadi dalam pukul 10. Malang tidak berbau untuk sebuah Pesawat Ak5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia tergelicir dari landasan ekoran hujan lebat yang melanda Bandar Kuching semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

p/s
Berita sebegini sedikit sebanyak menyebabkan penumpang takut untuk menaiki kapal terbang tersebut. Pandai lah diorang nak handle benda ni kelak..hehe ^_^

Sunday, January 9, 2011

:DUNIA OH DUNIA:

PUNLOP TONGCHAI tersenyum puas di katil hospital selepas berjaya menjalani pembedahan tukar jantina di Poliklinik Pratunam, Bangkok

TUKAR JANTINA

Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.
.


AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.

Kini, dia sudah boleh digelar wanita ’sejati’ apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.

Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.

Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.

Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.

“Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan,” katanya kepada AFPsebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.

Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.

“Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

“Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati,” tegasnya.


PAKAR bedah Thep Vedusit (tengah) sedang melakukan pembedahan menukar jantina ke atas Punlop Tongchai.

Sama seperti kesan psikologi terhadap perubahan jantina dan pemulihan selepas pembedahan, terdapat juga kesan sampingan daripada hormon yang harus diambil untuk mempercepatkan proses transformasi daripada lelaki kepada wanita. Ini termasuklah berpeluh pada waktu malam, keletihan, kenaikan berat badan, kehilangan otot lelaki dan libido.

Sehari sebelum pembedahan, Punlop memberitahu bahawa ketika masih kecil, dia gemar memakai pakaian wanita berbanding pakaian tradisional lelaki.

Justeru, menjelang usia 19 tahun, dia sudah mula mengambil pil hormon wanita dalam usaha untuk mengubah bentuk fizikal badannya.

“Saya tidak suka ‘bahagian tubuh’ ini kerana saya tidak menggunakannya,” kata Punlop sambil menunjukkan ke arah kemaluannya.

“Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilikinya. Jika saya mempunyai vagina, sudah tentu saya akan menggunakannya,”tambahnya.

Untuk mencapai impiannya, Punlop bertemu dengan Dr. Thep Vedusit, seorang pakar bedah di Bangkok yang mampu mengendalikan pembedahan pantas mengubah jantina tanpa penggunaan ubat bius yang biasa. Bagaimanapun, Thep percaya peraturan baru yang akan digubal boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang menukar jantina.

Ujar Thep, dia telah menjalankan lebih daripada 500 pembedahan perubahan jantina dan setiap minggu, dia mempunyai dua atau tiga kes. Separuh daripada jumlah itu terdiri daripada pelancong asing yang datang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang Thailand berhubung isu tersebut.

“Saya fikir pakar bedah boleh membuat keputusan siapakah transeksual. Setiap daripada mereka sudah mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukan pembedahan dan saya tidak fikir pakar psikiatri memberi apa-apa faedah kepada mereka,” ujar Thep.

Pada hari pembedahan, Punlop berjalan masuk ke sebuah klinik yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di Bangkok.


PUNLOP Tongchai meninggalkan Poliklinik Pratunam di Bangkok selepas membuat temujanji untuk pembedahan tukar jantina.


Tanpa sebarang solekan, Punlop yang berpakaian ringkas dengan dres tanpa lengan paras lutut, baju panas dan sandal diiringi masuk ke bilik pembedahan yang kecil dan suram. Dindingnya ditampal dengan helaian keratan akhbar mengenai bintang kabaret transeksual.

Thep mengambil satu jam lebih untuk ‘membentuk’ vagina menggunakan kulit organ genital lelaki miliknya. Punlop dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas pembedahan dan dalam masa empat minggu, Thep telah menyempurnakan semua rawatan susulan yang ditetapkan ke atas Punlop.

“Ia tidak terlalu sakit. Saya boleh mengatasinya. Bagaimana perasaan saya sekarang? Sudah tentu saya amat gembira. Sepanjang hidup saya, inilah perubahan yang diinginkan. Ia impian saya sejak kecil lagi,” kata Punlop.


Saturday, January 8, 2011

::10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA::

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, saya selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.

Friday, January 7, 2011

Kisah Benar - Pakai Tudung

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?


Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..


Subhanallah ...

Tuesday, January 4, 2011

::JANGAN SIMPAN VIDEO2 LUCAH DALAM LAPTOP ATAU HP::

Disini saya ingin berkongsi beberapa pendapat kepada anda tentang penyimpanan video2 lucah dalam hp ataupun laptop. Benda2 sebegini sememangnya tidak boleh dibawa main kerana bnyak sudah iktibar yang saya perhatikan berlaku kepada teman2 saya sendiri.

Sekiranya video2 lucah tersebut disimpan bersama di dalam laptop atau Hp dan di masa yang sama di dalam nya terdapat surah-surah Al-Quran,maka sy nasihatkan eloklah dibuang benda2 lucah tersebut. Ia seperti menghina ayat-ayat suci Al-Quran dengan meletakkannya serumpun dalam benda2 yang tidak berfaedah tersebut.

Antara contoh akibat yang akan berlaku ke atas Hp atau Laptop anda::

1. Laptop/hp anda akan cepat rosak. (Berdasarkan pemerhatian saya ke atas teman-teman saya)
2. Pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas laptop atau hp anda contohnya hilang dicuri atau tercicir secara tidak sengaja.

Jadi saya nasihatkan jika anda benar2 syg akan brg2 anda beringatlah. Tiada gunanya anda menyimpan benda sebegitu dan hanya boleh merosakkan minda dan akidah kita.

Ikhlas Dari ANISA ALIYA. Assalammualaikum ^_^

Sunday, January 2, 2011

:CUBAAN PERTAMA DAN KEDUA MEMBUAT KEK::




Hasil buatan aku dan kazen ku hazwani yang. Nampak teruk kan tapi sedap.hahahaha. Kek ni perisa vanila dan pandan. Yang putih tu aising. Entah camne eja aising tu.hehe..Yang hitam2 tu pulak coklat. Tak pandai sangat hias kek coz baru belajar tapi nampaknya mendapat sambutan dari family dan kwn2..diorang cakap sedap (angkat bakul lah pulak). Kalau boleh nak belajar lagi lah buat kek ni,ada jugak minat coz bile tengok hasil buatan sendiri kita puas hati.betol tak? jadi selamat mencuba buat kek sendiri ^_^










Blogger