nuffnang ads

Wednesday, December 29, 2010

MAKANAN TRADISI ORANG MELANAU SARAWAK



UMAI
Umai? Apa itu umai? Umai merupakan sejenis makanan laut trasional masyarakat Melanau di SarawakUmai juga merupakan sepupu sashimi(shusi) di Negara Jepun.Tetapi umai tetap popular dikalangan masyarakat di Sarawak.Di mana-mana di Sarawak, Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah sinonim dengan gelaran Bahagian Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya. Kalau anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adakah kecil. Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin sedap jugalah umai anda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga sebati(macam membuat kuih pula) dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai, tambahkan sahaja MSG dan garam secukup rasa. Jadilah umai yang mudah untuk disediakan.

Oleh kerana umai ini adalah mudah disediakan,nelayan biasanya hanya berbekalkan bawang, cili, limau, garam dan MSG sahaja ke laut.Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan, udang dan bubuk(sejenik udang kecil) juga menjadi mangsa nelayang untuk dijadikan umai. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk membuatnya. Ingat, umai sedap jika ikan itu betul-betul segar dan jika umai telah siap untuk dimakan, jangan tunggu lama-lama kerana apabila ikan itu sudah masak (campuran limau dan cili boleh memasakan ikan secara semulajadi) umai hilang sedapnya. Cubalah rasa umai Mukah hari ini.

KELISEH
Keliseh? Keliseh merupakan satu lagi makanan tradisional masyarakat melanau. Tapi tidak pasti adakah masyarakat melanau selain melanau Mukah kenal akan keliseh. Keliseh merupakan gaulan sagu dengan kuah kari ikan. Kari ayam tidak pasti lagi kerana secara tradisinya kuah kari ikan sahaja yang sesuai dibuat keliseh. Macam biasalah, ikan semestinya ikan segar.
Biasanya keliseh dimakan pada waktu makan tengah hari kerana cuaca panas ditambah lagi dengan kari yang pedas pastinya pemakannya menjadi sihat kerana mampu mengeluarkan peluh walaupun sedang makan. 2 in 1 la. Kata orang tua-tua, makan keliseh sorang-sorang tidak ada kick tapi makan ramai mesti keliseh itu tidak cukup. Sedap tu.
Bahan-bahan:
1 Sagu (ikut suka anda la, kalau peserta makan tu ramai banyaklah. Kalau tidak ramai cukup lah semangkuk sagu ataupun sebungkus sagu)
2 Kuah Kari Ikan (anda boleh menyediakan keliseh selepas anda siap memasak kari ikan. Pastikan kuah kari banyak kerana kuah yang banyak diperlukan kerana sagu menyerap kuah tadi. Ikan pula terpulang kepada anda samaada ingin makan ikan apa. Pasti ikan segar)

Cara penyediaan:
Apabila kari ikan anda mendidih, tuangkan kuah kari tadi kedalam mangkuk sagu. Pastikan anda memastikan tiada kawasan sagu yang kering(kuah kari yang banyak amat diperlukan di sini)

Keliseh anda sedia untuk dihidangkan.
Betapa mudahnya menyediakan keliseh. Cuba sekali pasti nak cuba lagi. Keliseh juga amat menyelerakan jika kari anda pedas dan sagu anda ranggup.
Bagaimana resepi masyarakat melanau yang anda ketahui sekarang? Semuanya mudah-mudah sahaja. Tetapi ada juga makanan melanau yang rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi rasanya pun boleh juga. Selamat mencuba.

PIPUIH.........
HAh? Apa lagi ini? Adakah satu jenis lagi santapan masyarakat melanau? YA. Pipuih merupakan salah satu makanan melanau yang hampir-hampir masyarakat melanau sendiri tidak mengenalinya. Kesian pipuih ni. Pipiuh merupakan makanan masyarakat melanau pada musim sejuk. Eh. Musim menggelang balau(Mengguling keratan batang pohon rumbia). Musim tengkujuh la. Pada musin ini, biasanya orang melanau akan ke hutan untuk menebang pohon rumbia. Antara sebab masyarakat melanau menebang rumbia pada musim tengkujuh ialah laut bergelora dan air banjir dan menengelamkan kawasan paya air tawar. Apabila air bah tadi besar maka, kerja-kerja menebang, memotong, mengguling dan mengilir(istilah melanau yang merujuk kepada kerja-kerja manghantar balau ke kilang atau ke kampung) menjadi lebih mudah. Secara saintifiknya arus yang deras dan daya apungan air menjadikan balau mudah diuruskan berbanding pada musin panas yang pastinya air sungai cetek dan panas.
Pipuih sebenarnya sejenis lagi makanan laut masyarakat melanau. Pipuih dibuat pada musim panas dan dimakan pada musim sejuk. Pipuih seperti menyimpan ikan untuk musim sejuk tetapi tidak seperti ikan masin atau ikan kering mahupun kasam ikan yang masih menampakkan ikan yang disimpan. Pipiuh merupakan ikan Bebulan(sejenis ikan yang banyak tulang)dalam bahasa malayu saya tidak pasti apakah nama ikan ini dan dalam bahasa saintifik belum dapat saya pastikan lagi. Bagaimana ikan yang banyak tulang tadi menjadi tidak bertulang?
Cara membuat Pipuih:
1 Ikan Bebulan dipanggang sehingga masak. Untuk memastikan ikan tadi masak ialah apabila ikan itukelihatan sudah kekeringan.
2 Ikan tadi akan dipisahkan dengan tulang temulangnya. Biasanya kerja-kerja memilih isi dan tulang ini amat rumit. Hal ini kerana banyak tulang-tulang yang halus dan tajam. Walaupun pada suatu ketika anda melihat isi-isi ikan tadi tidak ada tulang, anda hanya perlu menggocangkan bekas isi ikan tadi dan tulang-tulang halus pastinya akan kelihatan.
3 Sesudah selesai acara saringan memilih tulang dalam isi, isi tadi akan di masukkan kedalam bekas iaitu daun nipah atau pun sejenis lagi daun yang terdapat dihutan untuk membungkusnya.
4 Kemudian, pipuih tadi akan dipaggang semula sehingga kelihatan kering sekering-keringnya.
5 Simpan di tempat kering.

Oleh kerana pipuih amat rumit disediakan, hanya golongan veteran sahaja yang rajin membuatnya kerana pengalaman dan kesabaran yang ada pada mereka merupakan aset penting bagi memastikan pipuih anda tidak bertulang dan enak dimakan pada musim sejuk nanti.

Tuesday, December 28, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 6

Hampir 3 bulan lamanya Zahid berada di lawas bagi merawat kakinya untuk membolehkan dia berjalan semula. Amy telah kembali ke kolej bagi meneruskan pengajian ke semester seterusnya. Sepanjang tempoh itu,amy tidak pernah lupa untuk mengetahui perkembangan semasa tentang keadaan Zahid. Ini kerana tidak lama lagi besi yang berada dalam kaki Zahid sudah boleh dikeluarkan. Ini bermakna dalam tempoh yang terdekat Zahid boleh berjalan seperti orang lain. Amy tidak sabar menunggu saat di mana melihat Zahid berjalan seperti sedia kala.

Genap 4 bulan Zahid dalam tempoh rawatan tersebut,Zahid diarahkan pihak hospital untuk menjalankan rawatan bagi mengeluarkan besi yang menyokong penyambungan tulangnya. Zahid bersama kedua orang tuanya berangkat ke sibu dan amy tidak putus-putus berdoa agar keadaan Zahid pulih seperti biasa.

Proses pengeluaran besi tersebut mengambil masa 5 jam kerana ia merupakan proses yang amat rumit kerana jika berlaku kesilapan tulang kaki Zahid boleh patah. Akhirnya besi tersebut berjaya dikeluarkan tetapi Zahid masih tidak dapat berjalan seperti biasa kerana luka kakinya belum pulih seperti biasa. Ini mengambil masa sebulan lagi kerana menurut doktor yang merawat Zahid,luka tersebut terlalu dalam dan mengambil masa untuk pulih semula kecuali ada satu cara sahaja yang membolehkan Zahid berjalan tidak kurang dari sebulan. Doktor mencadangkan Zahid diberi tekanan yang agak kuat seperti tekanan perasaan bagi membolehkan dia bertekad untuk berjalan semula.

Ibu bapa Zahid buntu memikirkan cara bagaimana untuk memberi tekanan yang hebat pada Zahid kecuali Amy sanggup menolong mereka. Amy telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan Amy bersetujun untuk membantu.

Selang 5 hari setelah kembali ke lawas,Amy telah menghantar sistem pesanan ringkas pada Zahid berbunyi
" Zahid,saya harap msg saya ini tidak menggangu awak buat masa ini,tetapi saya rasa saya harus memberitahu awak perkara ini. Saya harap selepas ini awak takkan cari saya lagi kerana saya tak suka lelaki tempang, saya perkukan lelaki yang sempurna buat diri saya. Awak tidak sempurna bagi saya dan saya rasa bodoh jika saya masih menunggu awak sambuh. Saya harap awak tidak berkecik hati!"

Setelah membaca msg dari Amy,Zahid meraung sekuat-kuatnya dan tidak menyangka amy sekejam itu melukakan hatinya. Air matanya bagaikan hujan tusrn di kala senja. Harapannya hancur seperti kakinya. Dengan linangan air mata Zahid bangun dari kerusi rodanya dan cuba untuk melangkah ke tingkap. Dengan susuah payah Zahid melangkah ke tingkap tanpa sebarang bantuan walaupun sakit di kakinya mencucuk bagaikan ditusk belati taham tetapi Zahid tidak peduli. Dia ingin berjalan semula dan tidak mahu kehilangan Amy. Ibu Zahid hanya memerhati Zahid dengan linangan air mata. Rancangan mereka berjaya,Zahid telah dapat berjalan smeula walaupun tidak sepenuhnya.

Setelah puas termenung di tingkap,Zahid berjalan semula ke biliknya tanpa menguunakan kerusi rodanya. Hatinya bagai disiat-siat apabila teringat msg yang diterima dari amy. Zahid bertekad esoknya dia akan berusaha untuk berjalan semula. Biarlah sakitnya mencucuk asalkan dia boleh berjalan semula. Selama tempoh 2 minggu Zahid berusaha untuk berjalan smeula,ibu Zahid tidak putus-putus memberitahu perkembangan semasa Zahid kepada Amy.

Selang 3 minggu,Zahid sudah boleh berjalan sperti biasa walaupun tidak sepenuhnya. Amy adalah orang yang paling gembira sekali kerana hasratnya untuk melihat Zahid berjalan semula seperti biasa termakbul. Amy bercadang untuk pergi ke lawas hujung minggu tersebut tanpa diketahui oleh Zahid. Keluarga Zahid sudah dimaklumkan mengenai keberangkatan amy ke lawas tersebut.

Zahid sedang leka menghirip udara segar di tepi sungai rumahnya. Dia tidak sangka dalam tempoh sesingkat itu dia berjaya berjalan semula. Syukur kepada ALLAH tidak pernah putus dari mulutnya.
"Assalammualaikum!"
Spontan Zahid menoleh lalu menjawab salam yang dihulurkan dan dia terkejut dan seperti mimpi Amy berdiri di hadapannya. "Awak!"

Air mata amy tidak dapat ditahan melihat keadaan Zahid,rindunya terlerai juga setelah berbulan lamanya ditahan. Tidak semena-mena Amy memeluk Zahid. Zahid masih terpaku kerana tidak percaya wanita yang begitu dicintainya berada di hadapan mata. "Saya sygkan awak Zahid,saya sengaja bagi awak msg camtu untuk memberi tekanan kepada awak,saya mahu awak berjalan semula,saya tak mahu awak lemah,saya minta maaf Zahid!" dengan linangan air mata Zahid membalas pelukan amy kerana sygnya pada amy sedikit pun tak berubah. Dia bersyukur amy mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya. Kebahagiaan yang dicarinya akhirnya muncul di depan mata "Alhamdulillah!"

bersambung.....

Tuesday, December 14, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 5

Amy melilau mencari kelibat Zahid di sekitar wad pesakit lelaki. Di kejauhan sekujur tubuh terbaring lemah di sudut wad. Amy tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat keadaan Zahid. "Assalammualaikum, kenapa awak tipu saya,awak cakap keadaan awak tak seteruk ni!", Amy tidak dapat menahan rasa marahnya kepada Zahid kerana merahsiakan keadaannya dari Amy.
"Waalaikumsalam, saya tak mahu awak risau amy,lagipun awak tengah exam masa tu,saya takut awak hilang tumpuan je."
"Awak fikir dengan menyembunyikan semua ni dari saya,saya tak risau. Patutlah saya tak sedap hati jer,sampai hati awak sembunyikan ni semua dari saya!" amy tidak dapat menangis teresak-esak di depan Zahid. Dia tidak mempedulikan pandangan oarng sekeliling. Dia sangat kecewa dengan sikap Zahid yang sanggup menyembunyikan keadaan nya dari Amy.

Zahid patah kedua belah kakinya dan terpaksa dibawa ke Hospital Besar Sibu untuk rawatan lanjut. Kecederaan Zahid amat teruk terutama pada bahgian kaki dan tangan. Keluarga Zahid sudah dihubungi tetapi mereka hanya menunggu di Sibu kerana tidak mempunyai kos yang mencukupi untuk berangkat ke Mukah. Pada malam itu juga,Zahid dihantar ke Hospital Besar Sibu untuk pembedahan pada bahagian kaki dan lengan yang mengalami kecederaan yang serius. Amy mengekori perjalanan ambulans tersebut dari belakang dengan menggunakan kereta. Walaupun penat tapi amy gagahkan diri untuk memandu ke Sibu dengan perjalanan yang mengambil masa 4 jam. Amy ingin bersama Zahid selama tempoh pembedahannya kerana rasa bersalah menguasai dirinya. Jika tidak kerana dia berterus terang dengan Zahid dia tidak boleh menganggap lebih dari adik angkat,Zahid tidak akan jadi begitu.

Sesampainya di Sibu Zahid terus dimasukkan ke wad kecemasan. Amy terus berjumpa org tua Zahid bagi menerangkan perkara sebenar yang berlaku pada Zahid. Amy berjanji akan menanggung kos perubatan Zahid kerana dia tahu kos pembedahan Zahid agak mahal. Amy mempunyai sedikit simpanan bagi membiyai pembedahan tersebut. Dia sanggup buat apa saja asalkan dapat melihat Zahid berjalan semula.

Sambil menunggu Zahid selesai pembedahan, Amy membawa kedua ibu bapa Zahid mencari tempat tinggal kerana keduanya nampak keletihan. " Biar amy saja yang menunggu Zahid selesai dibedah pakcik," tutur amy kepada bapa Zahid
Setelah menghantar keduanya ke hotel yang berhampiran amy bergegas ke hospital semula. Setelah 4 jam berlalu, pembedahan masih belum selesai. Amy gelisah menunggu dan berharap semuanya berjalan dengan lancar. Lima minit kemudian,doktor yang membedah Zahid keluar dari wad kecemasan.
"Bagaimana dengan keadaan adik saya doktor?"
"Awak kakak dia?"
" Ye!"
" Kami telah selesai memasukkan besi bagi membantu tulang-tulang lututnya bersambung semula. Dalam masa 6 bulan dia perlu menjalani rawatan terapi untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa. Sekiranya tulang-tulangnya sudah bersambung seperti sedia kala,besi yang dimasukkan bagi proses pemulihan tersebut akan dibuka semula. Saya harap pihak keluarga dapat memberikan sokongan moral dalam proses pemulihan tersebut".

Amy mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana zahid masih mempunyai peluang untuk berjalan semula. Amy bergegas masuk ke wad di mana Zahid ditempatkan tetapi Zahid masih belum sedarkan diri. Amy menelefon keluarga amy bagi menyampaikan berita gembira tersebut. Dia tidak mahu keluarga Zahid terutama ibunya risau memikirkan keadaan anaknya.

Amy bergegas ke bank bagi mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar kos pembedahan Zahid. Dia tidak memberitahu kedua ibu bapanya yang dia mengeluarkan wang perbelanjaan tersebut kerana takut bapanya akan memarahinya. Setelah mengambil ibu dan bapa Zahid di hotel mereka kembali ke hospital kerana dimaklumkan Zahid telah sedar dari koma.

Amy membiarkan Zahid bersama kedua org tuannya sementara dia menjelaskan kos perubatan zahid di hospital tersebut. Dia menelefon ibunya untuk memberitahu di mana dia berada kerana semasa dia berangkat petang semalam,dia hanya sempat berpesan pada adiknya yang dia berangkat ke Sibu. Dia tidak mahu ibunya risau dia berangkat ke Sibu sirang-sorang. Amy ke kembali ke wad di mana Zahid berada. Entah kenapa hatinya sayu melihat keadaan Zahid. Zahid terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana masih belum dapat berjalan seperti biasa.

Selama lima hari menemankan Zahid di hospital sibu, zahid telah dibenarkan untuk keluar. Zahid dibawa balik ke lawas sementara Amy balik semula ke mukah. Sebelum berpisah Zahid sempat berpesan kepada Amy sekiranya dia dapat berjalan sepertia biasa,dia akan membayar balik semua duit yang telah digunakan untuk kos perubatannya tetapi amy Menolak kerana dia ikhlas menolong Zahid. Amy dengan berat hati melepaskan Zahid balik ke lawas kerana selama dia berada di samping Zahid,kasihnya telah tumpah kepada jejaka dari lawas itu.

Amy telah bernekad untuk berterus terang dengan Zahid yang dia juga terlampau sygkan Zahid tetapi menunggu masa yang sesuai kerana tidak mahu membebankan keadaan Zahid.

bersambung.....

Wednesday, December 8, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 4

Pagi jumaat yang indah dengan matahari bersinar cerah seperti memberi sinar baru kepada Amy. Berkat dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh Zahid dia sudah dapat melupakan Ricky dari hidupnya. Amy meneruskan pengajiannya seperti biasa kerana ingin meningkatkan perestasinya pada semester ketiga. Hubungannya dengan Zahid masih berjalan seperti biasa antara adik dengan kakak. Amy tidak mahu Zahid menaruh perasaan padanya kerana dari setiap pertuturan dan perlakuan Zahid, Amy sudah dapat menjangkakan Zahid suka padanya. Amy takut sekiranya dia memberi harapan kepada Zahid, Zahid akan kecewa kerana hatinya belum terbuka untuk menerima sesiapa dalam hidupnya.

Amy masih teringat kata Zahid setelah 1 bulan lebih perkenalan mereka " Amy,saya rasa saya jatuh hati kat awak. Saya cuba untuk menganggap awak hanya sekadar kakak tapi saya tak boleh. Makin hari hati saya kuat untuk memiliki awak sebagai permata hati saya. Saya harap awak dapat beri peluang pada saya untuk mengisi ruang dalam hati awak". Terngiang2 di telinga Amy kata-kata luahan dari Zahid untuknya. Tapi Amy tidak mahu orang lain menyalahanggap perhubungan mereka,biarlah hubungan mereka sekadar adik dan kakak.

Final semester ketiga semakin mendekat, Amy menghabiskan masanya dengan menelaah buku, dia malas untuk memikirkan benda-benda yang remeh temeh. Subjek pada semester ketiga agak mencabar dan amy cuba untuk mencapai target untuk lulus dalam semua subjek. Seminggu kemudian final exam pun tiba dan amy mencuba sebaik yang mungkin untuk menjawab soalan-soalan exam tersebut. Hari terakhir exam Amy dikejutkan dengan pesanan ringkas dari Zahid bahawa dia telah terlibat dalam kemalangan motosikal. Dengan perasaan yang cemas Amy telah menelefon Zahid,

"Zahid awak ok?" Zahid dengan suara yang agak serak menjawab " Amy saya minta maaf kerana terlampau mengikut perasaan saya, saya terlampau sedih apabila teringatkat awak menolak cinta saya hinggakan hilang kawalan ketika memandu..hurmm. Awak tak perlu risaukan saya,cuma luka2 kecil je. Awak pergilah exam dulu nanti saya kol awak".

" Saya risaukan awak macamana saya nak duduk exam dengan tenang..hurmmm"
" Saya ok amy..awak pergilah masuk exam dulu nanti saya kol awak k".
Dengan berat hati amy melangkah ke dewan peperiksaan dan Alhamdulillah dengan berkat doa dan ulangkaji yang cukup amy dapat menjawab kertas yang terakhir dengan tenang.

Keluar sahaja dari dewan Amy bergegas menelefon zahid.
"Hello zahid,awak ok?" " Saya ok jer. Dah hbs exam ke ni?"
" Dah, Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang", jwb amy dengan senang hati.
" Baguslah,lega saya dengar awak cakap camtu,saya minta maaf kalau saya buat awak risau je". " Takdelah, awak akt mana ni. Esok saya balik mukah dah. Esok kita jumpa k. Saya ambik awak kat rumah., Awk kan tak boleh driving dulu".
Dengan hati yang gembira zahid menjawab "Ok kak Amy syg,lagipun saya rindu kat awak,tak sabar nak jumpa". "ok esok kita jumpa.bye Zahid,saya nak kemas barang dulu. Assalammualaikum".

Setelah mematikan talian amy bergegas mengemas barang dan tak sabar untuk menunggu hari esok. "Amboi kemas brg dah tak ingat roomate tersyg ke?" " Mak oi kau ni tak pandai nak bagi salam dulu ke?" Amy terlupa yang Salina dari tadi memehatikan dia dia menyusun barang2 nya. Dari sem pertama sampai ketiga amy memang rapat dengan gadis genit dari miri itu. Apa jua masaalah dia kongsikan bersama Salina kerana dia percayakan Salina dapat pegang rahsia2nya.
"Kau bila balik ina?
"Aku maybe balik esok jugak,boring ar kau takde itu yang aku balik awal jugak.."
"Kalau camtu esok aku dan kazen aku hantar kau pergi terminal k"
"ok jugak tu. Beb aku nak tdo dulu lah.. Sakit otak aku jawab paper tadi. Killing habis lah"
"Ok lah. Aku nak kemas brg dulu. Maghrib nanti aku gerak kau"
"Thankz amy".

Entah kenapa setelah mengetahui Zahid kemalangan hati Amy tidak senang. Bagi mengusir kerisauan dalam hatinya amy mengambil wuduk dan melakukan solat sunat bagi melegakan kegusaran dalam hatinya. Amy berdoa agar Zahid cepat sembuh dan perjalanan nya ke mukah esok dilindungi oleh Allag S.W.T.

Esoknya setalah menghantar Salina ke terminal bas,amy bergegas ke lapangan terbang antara bangsa kuching kerana takut ketinggalan flight. Tepat pukul 4 petang amy selamat sampai di mukah. Setelah menyimpan semua barang-barangnya di rumah amy memandu kereta milik bapanya ke rumah sewa Zahid. Sesampainya di rumah sewa Zahid amy memberi salam tetapi kawannya yang menjawab.
"Zahid ada?
"Zahid kat hospital,dia tak bagi tahu ke?

Dengan hati yang berdebar-debar amy bertanya lebih lanjut kepada kawan Zahid.

" Ada dia bagi tahu dia kemalangan jer tak tau lah terok ke tak,terok ke?"
" Awak pergilah melawat dia kat hospital,saya tak berani nak komen apa2"
" Ermm...bunyi macam terok jer, takpelah saya pergi hospital dulu."

Dengan hati yang cemas Amy memandu kereta ke hospital dengan harapan keadaan Zahid tidak seperti yang dia fikirkan. Nasib baik hari tu tidak banyak kereta di perkarangan hospital jadi dengan mudah Amy medapat tempat letak kereta. Dengan hati yang berdebar Amy melangkah ke wad pesakit lelaki.

bersambung...........

Thursday, November 18, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 3

Kehidupan sebagai pelajar tidak semudah yang disangkakan. Amy yang baru bergelar junior atau pelajar semester pertama di kolej tersebut banyak bergantung kepada teman-temannya untuk menguruskan diri kerana Amy seorang yang tidak pandai berdikari. Ini baru kali pertama amy berjauhan dari ibunya dan membuatkan sifat manjanya tidak dapat dkikis serta merta. Teman-teman baru amy banyak mengajar amy untuk berdikari sendiri. Selang 2 bulan berada di kolej tersebut,amy telah dapat menyesuaikan diri tanpa bergantung kepada teman-temannya sahaja. Dalam tempoh 2 bulan amy berada di kolej tersebut juga,Ricky sedikit demi sedikit berubah. Dia jarang menghubungi amy dengan alasan sibuk dengan tugasan yang baru. Apabila amy cuba menghubungi Ricky,Amy hanya dapat berbual sekejap sahaja dengan Ricky dan selbihnya Ricky menyatakan alasan nya sibuk. Amy cuba untuk faham kesibukan Ricky dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maklumlah,di KL macam-macam boleh berlaku. Manusia boleh berubah sekelip mata.

Masuk bulan ketiga Amy di kolej tersebut,Ricky mula menjauhkan diri Amy. Ricky lansung tidak menghungi Amy dan apabila Amy menghubunginya,ada sahaja alasan yang diberi oleh Ricky. Pada malam Sabtu,Amy terniat untuk menghubungi Ricky kerana menyangkakan Ricky tidak sibuk bekerja. Namun harapan Amy untuk melepaskan rindu berbual dengan Ricky hancur apabila seorang perempuan bercakap di talian bukannya Ricky. Hati Amy bagai disiat-siat apabila mendengar perempuan tersebut melemparkan pelbagai kata-kata yang kesat terhadap Amy kerana menyangkakan Amy ingin merampas Ricky darinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Amy mendengar setiap pengakuan perempuan tersebut tentang dia dan Ricky. Amy merasakan dunia gelap dan tidak bermakna apa-apa. Ricky telah menghianatinya untuk kali kedua.

Bagi mengelak diri dari Ricky,Amy telah menukar nombor telefon nya dan berharap Ricky tidak akan mencarinya lagi. Amy menjalankan kehidupannya sebagai pelajar seperti biasa walaupun hatinya masih sakit dengan perbuatan Ricky. Baginya Ricky hanyalah bayang-bayang hitam dalam hidupnya. Sebulan selepas itu,Amy mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian penghujung semester. Amy cuba untuk fokus dalam ujian tersebut tetapi gagal kerana Amy sentiasa ingat akan perbuatan Ricky yang menghianatinya. Seminggu selepas itu Amy pulang semula ke Mukah kerana cuti sem telah bermula. Amy berharap dia telah membuat yang terbaik dalam ujian penghujung semester tersebut. Sebulan cuti semester tidak bermakna apa-apa pada Amy kerana dia bagaikan hilang semangat atas kecurangan Ricky padanya.

Permulaan semester kedua,Amy terkejut dengan keputusan yang diperolehinya dan kesal kerana terlampau mengikutkan perasaan semasa ujian tersebut. Amy hanya mendapat 1.64 untuk gpa nya dan keseluruhan CGPA nya hanya 1.64. Amy tidak berani memberitahu keputusan nya kepada kedua ibu bapanya kerana takut dimarahinya oleh mereka. Amy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja mengenai keputusan nya itu. Amy berazam untuk memperbaiki keputusannya pada semester kedua.

Sepanjang semester kedua,amy banyak meminta bantuan teman-temanya bagi membantu dalam subjek-subjek yang lemah dan hasilnya Amy mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam semester kedua. Dengan hati yang senang Amy meneruskan perjuangan nya dalam sem ketiga. Amy telah dapat melupakan Ricky sedikit demi sedikit atas bantuan kawan-kawannya. Pada semester ketiga, amy telah membuat facebook kerana pada masa tersebut facebook popular di kalangan teman-temanya. Melalui facebook Amy telah berkenalan dengan seorang jejaka dari lawas berbangsa kedayan. Dari perkenalan mereka, Amy telah bersetuju menjadikan zahid iaitu jejaka dari lawas tersebut sebagai adik angkat kerana perbezaan umur mereka dua tahun. Zahid banyak memberi nasihat kepada Amy untuk melupakan Ricky dan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya.

bersambung............

Wednesday, November 17, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 2

Dengan berat hati amy melepaskan Ricky berangkat ke Kuala Lumpur dan mengharapkan dia selamat sampai di sana. Sebelum berangkat Ricky telah berjanji akan balik semula ke mukah untuk meminang Amy sekiranya dia telah mendapat kerja tetap. Amy dengan linangan air mencium tangan Ricky tanda kasih nya yang tidak terhingga dan merelakan Ricky pergi berhijrah ke Kuala Lumpur. Amy tidak putus-putus menghubungi Ricky sepanjang perjalanan ke sibu untuk memastikan Ricky selamat sampai di sibu. Tepat pukul 12.30 Ricky meninggalkan bumi Sarawak dan juga meninggalkan kekasih hatinya Amy yang amat mencintai dirinya.

Sesampainya di Kuala Lumpur,Amy dimaklumkan oleh Ricky dia menumpang di rumah kawannya di Kelana Jaya sementara mendapat kerja. 2 hari selepas itu Ricky diterima bekerja sebagai penghantar barang di Giant iaitu sebuah supermarket yang terkemuka. Sepanjang 2 bulan bekerja di supermarket tersebut Ricky juga mencuba nasib meminta pekerjaan sebagai juruteknik komputer di Dell Company iaitu sebuah syarikat komputer yang terkemuka. Ini kerana kelayakan nya semasa di politeknik Mukah membolehkan dia meminta pekerjaan tersebut. selang 2 minggu selepas temuduga sebagai Juruteknik,Ricky telah diterima bekerja di syarikat tersebut. Betapa gembiranya hati Amy apabila mendapat tahu Ricky telah mendapat pekerjaan yang boleh menjamin hidup mereka berdua. Ricky berjanji untuk membayar balik semua duit Amy yang telah dia gunakan sekiranya kewangan nya stabil. Walaupun Amy dengan berat hati untuk menerima kembali semua wang tersebut,tetapi demi memikirkan yang dia akan menyambung pelajaran tidak lama lagi,jadi dia memerlukan duit juga untuk membeli keperluan semasa di KOLEJ itu nanti.

Setiap malam Ricky menelefon Amy untuk memberitahu perkembangan semasa kehidupannya di KL membuatkan jiwa Amy berasa sedikit tenang. Sepanjang perhubungan Amy dengan Ricky juga,amy banyak berubah. Tidak selincah dahulu dan lebih suka memerapkan diri di rumah. Ini kerana Amy bernekad untuk setia kepada Ricky hinggalah Ricky kembali ke Mukah untuk meminangnya..

Pada penhujung Nov Amy telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di Kuching. Pada penghujung Nov itu juga hubungan Amy dengan Ricky telah menjangkau 4 bulan 12 hari. Ricky juga telah mengirim duit sebanyak RM15oo bagi menampung perbelanjaan Amy semasa di kolej tersebut. Amy sungguh tidak menyangka Ricky akan mengirim duit dalam jumlah yang besar dan berniat untuk memulangkannya kembali tetapi Ricky menyatakan itu sebagai tanda sayangnya yang tidak berbelah bahagi terhadap amy. Dengan linangan air mata amy mendengar pengakuan ikhlas dar Ricky dan berharap hubungan mereka kekal sampai bila-bila.

bersambung.....

Tuesday, November 16, 2010

KISAH AMYLIA FALISHA PART 1

Amylia falisha atau lebih dikenali dengan amy seorang gadis yang hidupnya lebih suka bersosial.Mempunyai seorang kembar iaitu Amylia fasha. Hidup dalam keadaan yang cukup serba serbi dan disayangi oleh kedua orang tua nya kerana mereka lah satu-satu nya bunga dalam keluarga dari enam beradik lelaki.

Amy..Seorang remaja yang berusia 20 tahun dan dan lebih suka menghabiskan masa dengan melepak dengan kawan-kawannya . Teman lelaki nya sering bertukar-tukar hinggalah beliau digelar PLAYGIRL di kalangan teman-temannya. Biarpun digelar sebagai PLAYGIRL, Amy sedikit pun tidak kesah akan gelaran tersebut malahan bangga dia dicop sebagai PLAYGIRL.
Fasha seringkali menasihatkan amy supaya berubah tapi kata-kata fasha umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dia hanya mendengar sambil lewa sahaja. Amy bijak menyembunyikan sikap buruknya di depan ibu dan bapanya kerana dia tidak sanggup ibunya kecewa melihat sikapnya yang teruk.

Suatu hari amy berkenalan dengan seorang jejaka tampan dari Miri. Perkenalan tersebut tidak disengajakan kerana lelaki tersebut juga merupakan kawan kepada teman amy. Lelaki tersebut merupakan pelajar tahun akhir di politeknik mukah dan bakal menghabiskan pengajian beliau tidak lama lagi. Perkenalan mereka akhirnya melahirkan bibit cinta antara Amy dengan Ricky. Mereka akhirnya bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih dan Amy benar-benar dilamun cinta dengan Ricky.

Setelah Ricky menamatkan pengajian beliau di politeknik,Ricky mengambil keputusan untuk mencari kerja di Mukah sahaja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan Amy. Dalam setiap cinta mesti ada masaalah yang timbul.Begitu juga dengan hubungan amy dan ricky. Amy dikejutkan dengan serangan bekas teman wanita Ricky iaitu Ina dan menuduh amy merampas Ricky dari hidupnya. Ina mengakui dia telah terlanjur dengan Ricky dan pernah mengandungkan anak Ricky selama 2 bulan tetapi Ricky meminta ina untuk menggugurkanya.
Amy merasakan dunia seperti gelap gelita kerana terlampau kecewa dengan sikap Ricky. Amy yang terlampau sygkan Ricky tidak dapat menerima kenyataan atas pengakuan Ina tersebut. Amy mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ricky kerana terlampau kecewa dengan sikapnya itu. Pada suatu malam,Amy dikejutkan dengan panggilan telefon dari Ricky supaya menolongnya kerana abang ina dan konco-konconya sedang mencarinya dan berniat untuk membunuhnya. Oleh kerana terlampau sayang dengan Ricky,Amy dengan hati yang berani memandu kereta milik bapanya ke tempat di mana Ricky bersembunyi. Amy meminta oertolongan temanya supaya menyembunyikan Ricky di rumah sewanya sementara Amy menguruskan tiket untuk Ricky berangkat ke Kuala Lumpur. Dengan duit simpanan yang tidak seberapa Amy keluarkan semuanya sebanyak RM1200 semata-mata untuk memastikan kekasih hatinya selamat.

Konco abang kepada Ina masih mencari Ricky dan Amy berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan Ricky dari dibunuh oleh mereka. Pada pagi Rabu,amy telah menghantar Ricky ke terminal untuk melarikan diri ke Kuala lumpur menggunakan kapal terbang dari sibu.seawal 5.30 pagi amy telah menghantar Ricky ke terminal bas kerana takut Ricky dilihat oleh konco-konco abang Ina.

bersambung.......
Blogger